24 July 2009

2 Minggu Telah Berlalu...

Terasa seperti baru semalam ianya berlaku..
Jumaat last week Papa ckp "seminggu dah kan.."
So this week sudah dua minggu,
Ingatan masih kuat mengenangkan arwah..
Dan, Alhamdulillah.. kami mengambilnya secara positif,
Perubahan yang berlaku selepas pemergian arwah pasti sangat disyukuri..
Doa Ummi & Papa semoga rohnya tenang disisi penciptaNya..
Amin..

Sesekali Ummi sangat terasa dengan apa yang berlaku,
Selalu bila balik Kota Bharu time cuti skolah mesti arwah meminta disediakan juadah seperti yang diinginkan,
Selepas ini Ummi pasti sedih bila di Kota Bharu..
Tiada lagi permintaan arwah untuk ditunaikan,
Semoga kami sekelurga diberikan kekuatan untuk menempuhi suasana baru ini..

Kami sekeluarga yang tinggal berjauhan pun sangat terasa,
Apatah lagi orang lain yang sentiasa di sisi arwah sepanjang masa.
Terutamanya my MIL..
Semoga my MIL juga dikurniakan Allah denagn kesabaran dan ketabahan yang seadanya untuk menempuhi dugaan dan ketentuanNya..
Amin..

note : Ummi sangat terharu mendengar tangisan papa tatkala menerima perkhabaran sedih ini.. We are more than ready after what had happen two weeks before but rasa terkilan x sempat di sisi arwah menyebabkan tagisan dan esakan itu berlaku..

0 Loves:

 

Template by Maya