Kek adalah dr pakcik google Selamat Ulangtahun ke 4 buat Ahmad Aqill Imran.
Aqill reauest 'apam polkadot' utk besday,
InsyaAllah..acara makan2 akan menyusul nnti,
Cadangan buat sekali dgn besday ummi ( nk jugak tu..),
Hadiah pun nnti2 yer sayang..
Ummi sgt rindukan keadaan Aqill seperti ini,
Walaupun kuat nangis compare to Along,
Tapi sgt menghiburkan hati,
Menyejukkan mata memandang..
Sooo cute..
Rasanya Aqill yg paling cerah semasa baby,
Pi mana pun mesti amoi2 suka,
Dan ramai xpercaya tgk itu anak ummi.. huhuu..
Ni kenangan semasa Along 4 thn,
Keadaan yg sama jugak bila Aqill 4 thn,
Ummi mesti ada baby baru setiap kali anak2 sambut besday 4thn..
Heheee.. cuma gambar versi besday Aqill akan menyusul nnti :)
Inilah Aqill sekarang,
Fizikal hampir sebaya Along,
Walaupun beza 4 thn..
Selera makan sama mcm ummi,
Rupa paras persis papa..
Memang 'copy cat ' a.k.a sebutir ckp ore klate..
Perangai ? Ada dua2..
Part merajuk ikut ummi tp part serius dan garang mcm papa..
Sangat rajin menolong ummi kalau dia request apa2..
Cergas dan cerdas,
Kalau papa buat keje kt laman pasti dia ada sama..
Ummi kt dapur dia pun menyibuk jugak,
Dan paling sukaaa sayang baby..
Yang paling xtahan suka bertanya,
Kadang2 nk marah pun ada,
Benda yg sama dia boleh ulang tanya 5-6 kali,
Lagi2 kalau pi mana2 dan byk papan tanda,
Berpeluh la semua org menjawabnya... hehee..
Org ckp budak rajin bertanya cerdik..
Dan sgt sesuai dgn makna namanya,
Aqill = bijksana.. sangat bijak..
Imran = budi bahasa..
Dan dia mmg seorang yg sgt pemurah dgn ucapan terima kasih..
Semoga Ahmad Aqill Imran sentiasa sihat,
Membesar menjadi anak yg baik,
Berjaya dunia dan akhirat..
InsyaAllah..
nota: sejak2 ada baby, dia sangat rapat dgn papa.. ummi pinjamkan papa utk tido dgn Aqill masa dlm pantang, sampai sekarang dia xnak pulangkan.. asyik2 cakap " papa tido aqill, ummi tido dgn baby.." uhuhuuu..